Kisah dari Ibnu Thabari Ham, anak Nuh

Ibnu Thabary di dalam kitabnya Tarikh Rasul wal Muluk (Tarikh Rasul dan Raja-raja) menceritakan bahawa Ham adalah anak ketiga Nabi Nuh. Setelah bencana banjir terbesar di bumi pada zaman Nabi Nuh a.s. berlaku, maka Nabi Nuh bersama pengikutnya yang beriman telah membangunkan sebuah kota di lembah Pergunungan Ararat atau Pergunungan Judi di Armenia. Nama kota yang dibangun oleh Nabi Nuh dan keturunannya adalah kota Suq Thamanin atau kota lapan puluh yang kini terletak di Jazirah Ibnu Umar. Setelah semakin berkembang, maka Nabi Nuh kemudiannya telah membangunkan kembali sebuah kota yang dikenali kelak dengan kota Naxuana atau kota Diaspora. Hal ini kerana disinilah manusia kemudiannya berpencaran ke seluruh muka bumi. Ham ibnu Nuh kemudian mewarisi daerah Afrika, sebahagian Arabia, India dan Lautan Pasifik. Dari perkawinannya, Ham menurunkan 4 orang anak, iaitu Kush, Misraim,Phut dan Kanaan.